Wednesday, 18 March 2015

Erti Sebuah Persahabatan





Detik-detik yang meresahkan terus berlalu tanpa henti. Masa yang berlalu ibarat penjara yang mengurung semua kegembiraan di hatinya. Yang ada hanyalah rasa gelisah yang semakin menggunung di hati.

Sedar tak sedar sudah 5 jam mereka berteleku di ruangan menunggu tersebut. Semua memori yang terlakar kukuh di ingatan mereka kembali terlayar di ruang mata ibarat cerita yang kembali diulang tayang di kaca televisyen.
                   
                Bunyi ketawa kanak-kanak menggamit matanya untuk terus melihat mereka yang asyik bermain tanpa menggalas walau sekelumit beban di bahu. Bibirnya mengukir senyum tanpa sedar.
Seketika kemudian, kelihatan seorang lelaki menuju ke arahnya membawa sebuah kotak yang berbalut cantik di tangan. Dia melambai ke arah lelaki tersebut. Lelaki itu membalas lambaiannya. Ruang kosong di sebelahnya segera diisi oleh lelaki tersebut tanpa pamitan.
                “Syah! Sorry aku lewat. Jalan jammed” tegur lelaki tersebut.
                It’s Syahirah, Amier,” dia menegur lelaki tersebut. Lelaki tersebut tersengih sambil membuat muka tak bersalahnya. Syahirah menggeleng perlahan. “Macam-macam lah dia ni” gumamnya perlahan.
                “Nah! Happy birthday, Syah,” ucap Amier seraya menyerahkan hadiah tersebut kepada Syahirah. Syahirah berasa terharu. Lidahnya menjadi kelu tatkala dia menyambut hadiah pemberian Amier.
                Thanks, Amier. Ingat jugak awak kat saya. You’re my best friend ever, Amier. Thanks again” Syahirah menekup mulutnya. Terharu, beb! Amier tersenyum.
No hal la! Kau kan kawan aku. Best friend foreverlah katakan,” balas Amier. “Asal kau happy, aku pun happy jugak,” sambungnya lagi. Syahirah mengangguk laju.
“Eh! Dari tadi duk main tangkap syahdu, yang lain mana?” Amier bersuara setelah lama mendiamkan diri. Matanya meliar ke sekitar  taman mencari kelibat rakan-rakan mereka.
“Diorang pun datang jugak?” tanya Syahirah dengan penuh teruja. Matanya turut meliar memandang sekeliling.
“Hah! Tu pun diorang,” suara Amier menyapa telinganya. Matanya memandang ke arah yang ditunjukkan oleh Amier. Senyumannya melebar saat terpandangkan dua susuk tubuh yang amat dikenalinya. Saat mereka menghampiri, Syahirah segera memeluk tubuh mereka dengan erat.
“Lama tak jumpa korang. Rindu...” ucap Syahirah. Mereka tersenyum senang. Pelukan direnggangkan.
“Yelah tu. Dah kau ke Ireland, ambik kedoktoran. Kitorang ke Jepun, ambik engineering. Mana tak berpisah” sahut Dahlia.
“Tu pun, mujur ada facebook, skype, boleh jugak kita berhubung” sela Munirah.
“Amboi-amboi, korang kalau jumpa, terjerit sana, terlompat sini macam kera kena belacan, tapi aku jugak yang sendiri. Takde sape nak peluk aku” ujar Amier dengan mimik muka sedih.
“Kita peluk berdua la, Mier. Akukan ada” kedengaran satu suara garau menyahut. Serentak mereka memandang ke arah punca suara tersebut.
“Syakir Danial!” jerit mereka serentak. Mulut mereka terlopong. Syakir pula hanya tersenyum lalu berjalan santai ke arah mereka.
“Kut ya pun terkejut jumpa aku, janganlah sampai menjerit. Sakit telinga aku,”  Syakir berkata dengan selamba.
“Macam mana kau tahu kitorang akan jumpa kat sini hari ni?” tanya Amier dengan dahi yang berkerut. Syakir tersenyum sinis.
Facebook, bro. Kalau dah sembang kat benda alah tu, aku pun boleh baca. Lainlah kalau guna Bahasa Jepun. Barulah aku tak faham,” Syakir bersuara sinis.
Whateverlah. Yang aku nak tahu, apa tujuan kau datang kat sini?” tanya Amier dengan wajah yang merah, jelas menunjukkan bahawa dia sedang bengang dengan sikap Syakir. Pemuda tersebut kelihatan sedang menyusun kata yang terbaik untuk diucap kepada mereka berempat.
“Er... sebenarnya... err... aku nak join korang, boleh?” jawab Syakir tergagap-gagap. Serentak mereka berpandangan memandang Syakir lalu menghamburkan ketawa.
“Okey! Kau boleh join kitorang. Tapi...dengan syarat!” sahut Amier setelah lama memuntahkan tawa.
“Apa syaratnya?” Tanya Syakir sedikit malu.
“Kau jadi kawan kitorang!” serentak mereka menjawab. Syakir kelihatan terharu. Perlahan-lahan dia menganggukkan kepala. Amier terus memeluknya erat.
Welcome our world of friendship, Shark” ucap Syahirah, Dahlia dan Munirah serentak. Setelah melepaskan pelukan, bermacam-macam soalan cerita terbit dari mulut Dahlia dan Munirah. Naik pening yang lain mendengarnya.
 “Dahlah, kalau duk buat rancangan ‘jejak kasih’ je kat sini, alamatnya kebulur la aku ngan Syakir ni, kan Shark?” sambungnya lagi. Syakir hanya tersenyum mengangguk, setuju dengan kata-kata Amier.
“Jom, aku belanja korang makan sempena reunion ni,” Syakir bersuara setelah lama mendiamkan diri. Mereka mengangguk setuju lalu beredar ke kenderaan masing-masing menuju ke destinasi yang ingin di tuju.
                                  
               
                Senyuman tidak pernah lekang dari bibirnya apabila mindanya kembali mengingati saat bahagianya bersama rakan-rakan yang sudah lama tak bersua muka. Matanya tertancap pada bingkai gambar mereka yang diambil Suatu ketika dahulu.
Tiba-tiba dia terasa sakit yang teramat di ulu hati. Dia terus melangkah ke dapur untuk menelan ubat tahan sakit yang selalu dibelinya. Dia berasa hairan kerana sejak akhir-akhir ini bahagian ulu hatinya sering sakit.
                Tubuh badannya tidak mampu bertahan lagi. Seketika kemudian pandangan menjadi gelap. Kedengaran jeritan ibunya sayup-sayup. Tak lama kemudian, dia tak mampu mengingati apa-apa lagi.
                Saat dia membuka mata, wajah sayu ibu dan walid menyapa pandangan. Dia berasa hairan lalu cuba untuk bangun. Namun, kesakitan di ulu hatinya membataskan segalanya. ‘Kenapa ibu dan walid sedih? Apa yang dah berlaku? Kenapa aku terlantar kat hospital?’. Pelbagai soalan bermain-main di ruang mindanya.
                “Umi, walid, apa yang dah berlaku? Kenapa Sya ada kat sini? Kenapa umi ngan walid sedih? Cuba cakap kat Sya,” pertanyaan yang terbit dari bibir Syahirah mengundang tangis ibunya, Puan Fatimah dan walidnya, Encik Firdaus. Seketika kemudian, seorang doktor memasuki wad yang menempatkan Syahirah bersama seorang jururawat. Syahirah mengerling ke arah tanda nama yang tersemat kemas di kot putihnya. ‘Dr. Razif’ gumam Syahirah perlahan. Doktor Razif memeriksa Syahirah.
                “Syukurlah, Cik Syahirah dah sedarkan diri,” ucap doktor tersebut bersama senyuman. Syahirah inginkan jawapan bagi persoalannya. Lama dia menunggu butir bicara dari doktor tersebut yang mampu menjawab persoalannya.
                “Doktor, kenapa dengan saya? Kenapa saya selalu sakit kepala, doktor?” tanya Syahirah dengan nada yang mendesak. ‘Tulah! Tak nak cakap sangat, kan aku dah tanya’ marah hati Syahirah. Terkedu Doktor Razif dengan pertanyaan pesakitnya itu. Dia berdehem membetulkan anak tekak sebelum menjawab soalan Syahirah.
                “Cik Syahirah diharap bertenang menerima perkhabaran ini. Hasil daripada pemeriksaan kami, Cik Syahirah didapati menghidap barah hati. Cik Syahirah harus melakukan pemindahan hati secepat mungkin. Tapi…” kata-kata Doktor Razif terhenti. Dia kelihatan serba salah untuk meneruskan kata.
                But why, doctor!?” tekan Syahirah. Doktor Razif tersentak. Dia menggosok pangkal lehernya.
                “Tapi…kami tak dapat mencari penderma yang sesuai buat awak setakat ni” bait-bait kata yang meniti di bibir doktor muda tersebut bagaikan halilintar yang menyambar hatinya. ‘Maknanya, tak lama lagi aku akan tinggalkan dunia ni, tinggalkan kawan-kawan, tinggalkan ibu dan walid. Aku akan tinggalkan Shark’ bisik hati Syahirah.
                “Bersabar ajelah, Cik Syahirah. Pihak hospital akan berusaha untuk mendapatkan penderma untuk cik” janji Doktor Razif.
                “Panggil je Sya, doktor. Tak perlulah protokol sangat,” sahut Syahirah.
                “Baiklah, Sya. Apa-apa hal, panggil saya. Saya pergi dulu,” balas doktor muda tersebut dengan senyuman tak lekang di bibir. Syahirah mengukir senyuman lalu menganggukkan kepalanya sedikit tanda mengizinkan. Setelah Doktor Razif hilang dari pandangan, Syahirah mengeluh kecewa. Kecewa kerana dia bakal mengundang kesedihan di hati orang sekelilingnya.
                               
                Syahirah tersedar dari lenanya tatkala telinganya menyapa suara-suara bercakap di sekelilingnya. Saat dia membuka mata, kelihatan wajah-wajah teman seperjuangannya suatu ketika dahulu sedang memandang sayu ke arahnya. Syahirah cuba memberikan senyuman terbaik buat teman-temannya walaupun terasa tawar.
                “Kenapa korang tengok aku macam tu?” tanya Syahirah dengan muka tak bersalah walhal dia sudah dapat mengagak kenapa teman-temannya berwajah sedih. Serentak Munirah dan Dahlia meluru ke arahnya lalu memeluk erat tubuh milik Syahirah.
                “Kitorang dah tau apa yang jadi kat kau. Kitorang minta maaf kat kau sebab kitorang tak tau apa-apa,” jawab Munirah teresak-esak.
                “Alah... aku okeylah! Bukannya aku nak mati, kan?” seloroh Syahirah. Bibirnya mengukir senyum terpaksa. Namun, tak kekal lama. Sesaat kemudian, dia turut menangis teresak-esak di dalam pelukan rakan-rakannya.
                “Kau jangan risau. Kitorang akan cuba cari penderma yang sesuai ngan kau,” Syakir bersuara dari sudut katil hospital tersebut.
                “Korang jangan risau la. Kalau dah ajal aku nak sampai, takkan ke mana. Aku dah reda,” balas Syahirah.
                “Syah, aku datang ni selain nak lawat kau, aku ada benda nak cakap jugak,” satu persatu patah kata dari mulut Syakir sampai ke telinga Syahirah.
                “Apa kau nak cakap?” tanya Syahirah dengan suara yang tenang.
                “Aku nak cakap kat korang yang aku akan ke Korea kerana ada urusan keluarga. Kakak sulung aku yang tinggal kat sana akan melahirkan anaknya yang pertama. So, aku nak minta maaf sangat sebab aku tak boleh berada di sisi korang semasa susah,” beritahu Syakir.
It’s okey. Keluarga kau lebih penting. Bila kau punya flight?” tanya Amier.
“Yalah! Bikin kitorang saspen aje. Ingatkan kau pun sakit, ke” balas Dahlia pula.
Sorry sebab buat korang risau. Aku fly malam ni,” Syakir menjawab pertanyaan Amier.
“Aku hantar kau, ya? Dahlia ngan Munirah, korang jaga Syahirah, okey?” Amier bersuara. Mereka mengangguk setuju.
Thanks, korang. You are my best friends ever,” balas Syakir dengan lirih.
“Apa guna kawan kalau tak membantu. Apa guna kawan kalau tak memahami satu sama lain, Shark” ucap Amier penuh makna.
“Alah! Tak naklah duk buat drama sebabak kat sini,” sela Syahirah.
“Okey! Aku janji yang nanti bila aku balik, aku dapatkan penderma buat kau Sya,” Syakir melafazkan janjinya.
“Insyaallah, Shark. Kau doakan aku yang terbaik, okey,” Syahirah pula bersuara.
“Okeylah kalau macam tu. Aku gerak dulu, tau. Assalamualaikum,” Sya meminta izin.
“Waalaikummussalam...” balas mereka yang lain.
Mereka berdoa agar kakak Syakir selamat melahirkan anak, manakala Syahirah sembuh dari penyakit yang dihidapinya.
                                 
Dua minggu kemudian...
                “Tahniah, Sya. Kami dah jumpa penderma yang sesuai untuk Sya. Jadi, kami harap agar Sya bersedia untuk sesi pembedahan yang akan dijalankan esok,” beritahu Doktor Razif lalu keluar dari wad tersebut.
                Puan Fatimah, Encik Firdaus, Dahlia, Munirah dan Amier tak henti-henti mengucapkan syukur kerana ada insan yang sudi mendermakan hatinya buat anak dan sahabat mereka tersebut, Syahirah.
                Syahirah juga bersyukur dengan perkhabaran gembira dari Doktor Razif tersebut. Namun, dia berasa sedikit kecewa kerana Syakir tiada di sisi mereka saat ini. Hatinya berasa hairan kerana semua panggilan mereka buat Syakir tidak pernah dijawab olehnya. Kadang-kadang dia merasakan bahawa pemuda tersebut tidak mahu berkawan dengannya lagi, namun segera ditepis perasaan tersebut jauh-jauh. Dia tidak mahu hanya kerana salah faham, mereka berlima bertengkar.
                Dia hanya mampu doakan yang terbaik buat teman-temannya. ‘Mungkin Syakir sibuk menjaga anak saudaranya yang baru lahir’ Syahirah cuba menyedapkan hati. Namun, mengingatkan bahawa dia akan menjalani pembedahan esok membuatkan hatinya sedikit riang.
                ‘Apa pun, tumpukan perhatia untuk pembedahan esok’ bisik hatinya memberi semangat.
                                 
                Proses pembedahan berjalan lancar. Syahirah didapati selamat dan akan sembuh sepenuhnya. Dia harus menjalani beberapa rawatan sebelum keluar dari hospital. Semua kawan-kawan serta ibu bapanya gembira kerana dia selamat menjalani pembedahan.
                Namun, dalam kegembiraannya terselit sedikit rasa kecewa dalam hatinya. Syakir masih belum datang menjenguknya. Langsung tiada khabar berita darinya. Dia berdoa agar Syakir berada dalam keadaan sihat seperti sedia kala.
                Seminggu kemudian, Syahirah dibenarkan pulang. Semua kawan-kawannya datang menjemputnya pulang ke rumah kecuali Syakir. Hendak bertanya kepada rakan-rakannya, mereka juga tidak tahu di mana Syakir sekarang.
                Setelah mereka berempat sampai di rumah Syahirah, seorang tetamu wanita sedang duduk di ruang tamu rumah tersebut. Wajahnya ada iras Syakir. Kerisauan timbul di hati mereka apabila melihat wajah sayu wanita tersebut.
                Apabila mereka menjejakkan kaki ke rumah, wanita tersebut bangun member salam. Mereka menjawab serentak. Seketika kemudian, Puan Fatimah muncul dari dapur membawa dulang minuman.
                “Hah! Sampai pun korang. Ni Syakirah, kakak Syakir yang kedua katanya. Dia datang sini nak jumpa korang. Korang berbuallah, ya? Mak cik ke dapur dulu,” setelah memberitahu apa yang patut, Puan Fatimah masuk semula ke dapur setelah menghidangkan makanan.
                “Ni, Syahirah, kan? Dan yang lain ni pasti Dahlia, Munirah ngan Amier, kan?” tanya Syakirah sambil menudingkan ibu jarinya ke arah Syahirah. Mereka duduk di sofa sebelum Syahirah menjawab soalan tersebut.
                “Ya, Kak Syakirah. Saya Syahirah. Yang ni Munirah, Dahlia dan Amier,” jawab Syahirah sambil memperkenalkan sahabatnya.
                “Panggil aje Kak Kirah. Akak datang ni sebab nak sampaikan amanah Syakir kat korang,” ucapan Syakirah memeranjatkan mereka.
“Amanah apa, kak? Kenapa dengan Syakir? Kenapa dah lama dia tak jumpa kami?” tanya Munirah. Syakirah kelihatan sedang mengesat tubir matanya yang berair. Hati mereka resah. Mereka berharap agar tiada apa-apa yang buruk menimpa sahabat mereka yang satu itu.
“Sebenarnya, Syakir dah meninggal,” bait-bait kata yang meniti di bibir Syakirah ibarat sembilu yang menggores hati mereka. Mereka mengalirkan air mata kesedihan. Terkejut menerima khabar akan nasib teman yang satu itu. Teman yang baru beberapa minggu dikenali mereka.
“Syakir meninggal di Korea. Dia kemalangan. Keadaannya kritikal ketika dia dibawa ke hospital. Tapi, sebelum menghembuskan nafasnya Yang terakhir, dia  pesan agar bagi sesuatu kat korang. Dia cakap dia nak bagi hadiah istimewa buat Syahirah,” Syakirah berhenti berbicara seketika sebelum dia memulakan bicara. “Ni... dia bagi kat korang,”.
Syakirah mengeluarkan beberapa kotak bersaiz kecil yang dihias cantik. Diatasnya tertera nama mereka semua bertulis tangan.
“Dia juga ada bagi ni kat korang,” ucap Syakirah lalu menghulurkan sampul surat berwarna putih. Syahirah menyambut huluran tersebut dengan tangan yang terketar-ketar. Setelah selesai tugasnya, Syakirah meminta diri untuk pulang.
Mereka bertatapan seketika dengan linangan air mata. Perlahan-lahan Syakirah membuka surat tersebut.
Ke hadapan sahabatku sekalian,
Di saat kalian membaca surat ini, sudah pasti aku sudah tiada di sisi kalian lagi. Menemani kalian di saat susah dan senang. Sesungguhnya aku amat bertuah kerana memiliki sahabat sebaik kalian.
Buat Sya, aku telah berjanji denganmu untuk mencari penderma buatmu. Sebenarnya, aku telah menjalani pemeriksaan secara diam-diam. Ternyata, hatiku amat sesuai dengan Sya. Jadi, aku bertekad untuk menyerahkan hati ini buat sahabatku yang sedang menderita. Aku berharap walaupun aku tiada di sisi kalian, hatiku tetap bersama kalian. Shark harap agar Sya dapat menjaga hati ini dengan baik.
Buat Amier, kau jaga sahabat kita baik-baik kerana kaulah satu-satunya pelindung mereka. Buat Dahlia dan Munirah, janganlah korang bersedih dengan pemergian ini kerana koranglah jantung dan nadi persahabatan kita. Tanpa korang, persahabatan kita hambar.
Ingatlah, walaupun aku tiada di sisi kalian, kasih sayang aku tetap akan melindungi kalian ibarat mantel seorang putera raja. Terima kasih atas kesudian kalian kerana sudi menerima aku sebagai sahabat kalian walaupun untuk sebentar cuma.
Sahabatmu,
Syakir
                Berderai air mata mereka saat membaca surat tersebut. Syahirah tidak menyangka sebegini besar pengorbanan Syakir buat dirinya. Hadiah pemberian Syakir dibuka dengan penuh hati-hati. Bertambah sayu hati mereka saat melihat seutas rantai perak dengan loket berbentuk hati. Di hadapannya bertulis ‘BFF’ manakala di belakangnya terpapar nama mereka berlima.
                Amier mendapat rantai kunci bertulisan sama yang di tempah khas buat mereka. Di dalam hati mereka berdoa agar roh sahabat mereka dicucuri rahmat dan persahabatan mereka berkekalan selamanya. Amin.

Kawan...
 Bukan satu, tetapi sejuta,
Bukan untuk diguna, tetapi untuk dijaga,
Bukan untuk dimusuhi, tetapi untuk disayangi,
Bukan untuk sementara, tetapi untuk selamanya,
Bukan Untuk dilupakan, tetapi untuk diingat,
 Bukan untuk ditinggalkan, tetapi untuk dirindui
Bukan hanya di sini, tetapi di mana-mana,
Bukan setakat ini, tetapi hingga hujung nyawa...


p/s: cerita ni saya dedikasikan buat kawan2 sekolah rendah saya yang telah sama2 melalui kenangan pahit manis bersama

Monday, 16 March 2015

'Letih' bukan satu alasan untuk GAGAL.

Pada tahun 2012, sekolah Cahaya ada mengadakan Pertandingan Taerobik peringkat sekolah. Pertandingan diadakan diantara unit beruniform. Oleh itu, kami bersungguh-sungguh berlatih tanpa mengenal erti penat. Setiap petang (atau jika ada waktu lapang) kami akan berkumpul untuk berlatih gerakan yang akan dipersembahkan. Cahaya mewakili unit beruniform pengakap. Alhamdulillah, berkat usaha kami, pengakap mampu meraih tempat ketiga. Ni adalah gambar yang diambil selep[as pertandingan diadaka.

Tahun lepas, Persatuan Pengakap yang terdiri daripada pelajar tingkatan 4 menyertai aktiviti perkhemahan ekspidisi. Kami dikehendaki berjalan sejauh 40 kilometer. Penatnya kami waktu itu sehinggakan kami semua sakit badan. Ada yang demam. Balik je dari perkhemahan, kitorang kena berdepan dengan satu cabaran iaitu kitorang harus menyertai pertandingan kawad kaki yang akan diadakan dalam masa sehari aje lagi. Jadi, dalam keadaan sakit dan penat, kami berlatih pada malam sebelum hari pertandingan. Alhamdulillah, kami berjaya meraih tempat pertama dalam kedua-dua kategori iaitu kategori lelaki dan perempuan.

Bahagia tak kami?

Kesimpulannya, keletihan tak sepatutnya dijadikan alasan untuk mengalah.Ia juga tak perlu digunakan sebagai sebab untuk kita gagal kerana tanpa erti penat, seorang arkitek tidak akan berjaya menyiapkan binaan yang bernilai berjuta-juta ringgit. Seorang guru tidak akan berjaya mendidik anak-anak bangsa hingga ke peringkat tertinggi jika tiada erti penat mahupun letih. Tanpa erti penat juga, kita tak akan mencapai sesebuah impian mahupun kejayaan yang diidamkan.

Oleh itu, amat penting bagi kita untuk berusaha mencapai apa yang diidamkan tanpa bersungut atau mengeluh kerana ia hanya mendorong kepada perasaan berputus asa dalam diri.


Sunday, 15 March 2015

Kelas Abad ke-21

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Pernah dengarkan tentang kelas abad ke-21? Hahaha...hari ni Cahaya nak kongsi pasal susunan dan cara menghias kelas agar kelas kita kelihatan moden. Sebenarnya, Cahaya tak terfikir pun nak publish pasal ni, tapi disebabkan Cahaya ke sekolah tadi untuk menghadiri kelas tambahan, terus Cahaya dapat idea.

Cahaya mula mendengar tentang program ni apabila sekolah tempat Cahaya belajar memperkenalkan Program Keceriaan Kelas Abad ke-21. Kelas abad ke-21 lebih mengutamakan keselesaan pelajar semasa menjalani proses P&P. Semua hiasan kelas lebih mengutamakan pelajar berbanding mengikut susunan yang biasa dilakukan. Ni Cahaya tunjukkan beberapa contoh susunan dan hiasan kelas abad ke-21.


Cantik, tak??? Tapi tu bukan hiasan kelas Cahaya, tau. Insya Allah nanti cahaya akan publishkan hiasan kelas Cahaya, okey. Ni adalah beberapa contoh lain kelas abad ke-21...

Kalau nak lebih selesa, korang boleh tambah pantri kat dalam kelas korang sebab ia adalah untuk keselesaan korang. Kalau nak tambah kipas, bunga atau apa-apa yang boleh memberi keselesaan pun boleh asal jangan langgar peraturan sekolah sudahlah. Hehe...

Cahaya harap korang dapat ambil input dari apa yang Cahaya terbitkan. InsyaAllah


Friday, 13 March 2015

Pasal Cinta Lagi...

Sape pernah dengar pasal 'crush'??? Mesti semua pernah, kan? Kalau tak pernah tu, tak tahulah saya. Crush tu maksudnya orang yang kita minat atau suka. Kalau bagi remaja macam saya ni, memang takkan pernah lekang dari dengar cerita kawan-kawan pasal crush mereka.

Tapi korang tahu tak yang kita boleh dapat pahala kalau kita minat kat someone? haaa...nak tahu macam mana? Meh saya cuba terangkan.

Minggu lepas, ada seorang akhi kat sekolah saya memberi tazkirah tentang cinta. Tiba-tiba ada pelajar putera yang bertanya soalan. nak tahu apa soalannya? macam ni...

"Abang, saya ada minat kat seseorang. Apa hukumnya? dan, macam mana nak luahkan perasaan kita tu kat dia?"

  Akhi tu cakap, kita pasti ada minat kat someone sebab tu memang fitrah kita sebagai manusia yang mahu hidup berpasangan. Tapi biarlah hanya kita dan Allah yang tahu. Jangan cakap kat sesiapapun yang kita minat kat someone. Biarlah kita pendam perasaan tu sendirian sebab nanti kita dikira jihad cinta. Kita masih muda, dan banyak lagi yang perlu dikejar. Bila dah besar dan dah berjaya, pergilah jumpa perempuan tu dan cakap kita suka kat dia. Kalau dia pun suka kat kita, jangan pulak couple. Terus je nikah sebab kalau kita couple, banyak buruk dari baiknya. Kalau nak bercinta, bercintalah lepas nikah sebab setiap perkara yang kita lakukan dengan pasangan kita yang sudah halal bagi kita, kita akan dapat pahala.

Sekarang, korang dah faham, kan? Tak perlu couple sebab couple tu merupakan salah satu cara kita mendekati zina. Ingat pesan Allah di dalam al-Quran, "La takrabuzzina". Janganlah kamu dekati zina. Ingat, masih banyak perkara yang perlu kita pelajari. Kejarlah cita-cita dulu sebelum mengejar cinta. Jangan kerana cinta, kita rebah.

Saya harap kita sama-sama dapat ambil input dari apa yang diceritakan. InsyaAllah...

Cara-cara Belajar Masa Cuti

hey guys!
Disebabkan cuti penggal baru je start, saya ingin share tips-tips untuk study masa cuti.... are you ready? Lets start!
> BUAT STUDY GROUP
 bila buat study group, korang akan lebih faham dengan apa yang korang telah pelajari. Tapi, ahli group tak boleh lebih dari 5 orang dan tak boleh kurang dari 3 orang. Nak tahu kenapa? Sebab kalau lebih dari 5 orang, korang akan mudah terpesong dari tujuan utama, iaitu untuk study. Kalau kurang dari 3 orang pulak, korang akan mudah bosan untuk study.

> HADIRI KELAS TUISYEN/ KELAS TAMBAHAN
kalau students SPM atau PT3, mesti korang ada kelas masa cuti, kan? So, hadirkan diri korang secara konsisten. jang pernah cua untuk ponteng tau! haha

> MENGADAKAN QIAMULLAIL
bagi yang beragama Islam, korang adakan satu malam untuk bangun berqiamullail kerana hubungan dengan Allah amat penting dalam menentukan kejayaan korang. Tapi, korang perlu jaga hubungan sesama manusia juga lebih-lebih lagi hubungan korang dengan guru-guru.

> BINA JADUAL BELAJAR
bila sebut pasal ni, korang mesti fikir "ah, skemanya!" tapi ia dapat membantu korang untuk belajar dengan lebih teratur.

Okey, setakat ini dahulu dari saya.  Harap ia dapat bantu korang serba sedikit. Insya Allah saya akan kongsi lebih banyak lagi tips-tips untuk belajar dengan berkesan...

Thursday, 12 March 2015

First Love

Sebagai permulaan, saya akan bicarakan tentang cinta pertama. Well, semua orang pasti pernah dan akan melaluinya kerana ia merupakan satu fitrah buat kita. Kalau tak pernah tu, cuba check kembali, pernah tak korang suka atau minat someone? Mesti pernah, kan? Saya pernah suka kat sorang lelaki ni, tapi dia dah ada makwe. Sedih, kan? Tapi nak buat macam mana, dh terjatuh suka. Bukan senang nak ada perasaan tu. Lagipun kitorang ni sebenarnya kawan, so takkan la senang- senang je nak luah. Nak dijadikan cerita, kitorang berpisah membawa haluan masing-masing....(ayat novel kejap). Sekarang dah 5 tahun kitorang berpisah, tapi perasaan tu masih ada. Orang kata cinta pertama ni susah nak dilupakan. Walaupun saya dah cuba lupakan dia tapi tak boleh. hrmmm, nak buat macam mana sekarang ni? Korang ada suggestion tak?

First Time

hey blogger sekalian!
ni first time saya buat blog, so harap dapat beri kerjasama, ya.