Detik-detik yang meresahkan terus berlalu tanpa
henti. Masa yang berlalu ibarat penjara yang mengurung semua kegembiraan di
hatinya. Yang ada hanyalah rasa gelisah yang semakin menggunung di hati.
|
Sedar tak sedar sudah 5 jam mereka berteleku di ruangan menunggu
tersebut. Semua memori yang terlakar kukuh di ingatan mereka kembali terlayar
di ruang mata ibarat cerita yang kembali diulang tayang di kaca televisyen.
Bunyi ketawa kanak-kanak menggamit matanya
untuk terus melihat mereka yang asyik bermain tanpa menggalas walau sekelumit
beban di bahu. Bibirnya mengukir senyum tanpa sedar.
Seketika
kemudian, kelihatan seorang lelaki menuju ke arahnya membawa sebuah kotak yang
berbalut cantik di tangan. Dia melambai ke arah lelaki tersebut. Lelaki itu
membalas lambaiannya. Ruang kosong di sebelahnya segera diisi oleh lelaki
tersebut tanpa pamitan.
“Syah! Sorry
aku lewat. Jalan jammed” tegur lelaki tersebut.
“It’s
Syahirah, Amier,” dia menegur lelaki tersebut. Lelaki tersebut tersengih
sambil membuat muka tak bersalahnya. Syahirah menggeleng perlahan. “Macam-macam
lah dia ni” gumamnya perlahan.
“Nah! Happy
birthday, Syah,” ucap Amier seraya menyerahkan hadiah tersebut kepada
Syahirah. Syahirah berasa terharu. Lidahnya menjadi kelu tatkala dia menyambut
hadiah pemberian Amier.
“Thanks,
Amier. Ingat jugak awak kat saya. You’re my best friend ever, Amier. Thanks
again” Syahirah menekup mulutnya. Terharu, beb! Amier tersenyum.
“No hal
la! Kau kan kawan aku. Best friend foreverlah katakan,” balas Amier.
“Asal kau happy, aku pun happy jugak,” sambungnya lagi. Syahirah
mengangguk laju.
“Eh! Dari tadi
duk main tangkap syahdu, yang lain mana?” Amier bersuara setelah lama
mendiamkan diri. Matanya meliar ke sekitar
taman mencari kelibat rakan-rakan mereka.
“Diorang pun
datang jugak?” tanya Syahirah dengan penuh teruja. Matanya turut meliar
memandang sekeliling.
“Hah! Tu pun
diorang,” suara Amier menyapa telinganya. Matanya memandang ke arah yang
ditunjukkan oleh Amier. Senyumannya melebar saat terpandangkan dua susuk tubuh
yang amat dikenalinya. Saat mereka menghampiri, Syahirah segera memeluk tubuh
mereka dengan erat.
“Lama tak jumpa
korang. Rindu...” ucap Syahirah. Mereka tersenyum senang. Pelukan
direnggangkan.
“Yelah tu. Dah
kau ke Ireland, ambik kedoktoran. Kitorang ke Jepun, ambik engineering.
Mana tak berpisah” sahut Dahlia.
“Tu pun, mujur
ada facebook, skype, boleh jugak kita berhubung” sela Munirah.
“Amboi-amboi,
korang kalau jumpa, terjerit sana, terlompat sini macam kera kena belacan, tapi
aku jugak yang sendiri. Takde sape nak peluk aku” ujar Amier dengan mimik muka
sedih.
“Kita peluk
berdua la, Mier. Akukan ada” kedengaran satu suara garau menyahut. Serentak
mereka memandang ke arah punca suara tersebut.
“Syakir
Danial!” jerit mereka serentak. Mulut mereka terlopong. Syakir pula hanya
tersenyum lalu berjalan santai ke arah mereka.
“Kut ya pun
terkejut jumpa aku, janganlah sampai menjerit. Sakit telinga aku,” Syakir berkata dengan selamba.
“Macam mana kau
tahu kitorang akan jumpa kat sini hari ni?” tanya Amier dengan dahi yang
berkerut. Syakir tersenyum sinis.
“Facebook,
bro. Kalau dah sembang kat benda alah tu, aku pun boleh baca. Lainlah kalau guna
Bahasa Jepun. Barulah aku tak faham,” Syakir bersuara sinis.
“Whateverlah.
Yang aku nak tahu, apa tujuan kau datang kat sini?” tanya Amier dengan wajah
yang merah, jelas menunjukkan bahawa dia sedang bengang dengan sikap Syakir.
Pemuda tersebut kelihatan sedang menyusun kata yang terbaik untuk diucap kepada
mereka berempat.
“Er...
sebenarnya... err... aku nak join korang, boleh?” jawab Syakir
tergagap-gagap. Serentak mereka berpandangan memandang Syakir lalu
menghamburkan ketawa.
“Okey! Kau
boleh join kitorang. Tapi...dengan syarat!” sahut Amier setelah lama
memuntahkan tawa.
“Apa
syaratnya?” Tanya Syakir sedikit malu.
“Kau jadi kawan
kitorang!” serentak mereka menjawab. Syakir kelihatan terharu. Perlahan-lahan
dia menganggukkan kepala. Amier terus memeluknya erat.
“Welcome our
world of friendship, Shark” ucap Syahirah, Dahlia dan Munirah serentak.
Setelah melepaskan pelukan, bermacam-macam soalan cerita terbit dari mulut
Dahlia dan Munirah. Naik pening yang lain mendengarnya.
“Dahlah, kalau duk buat rancangan ‘jejak
kasih’ je kat sini, alamatnya kebulur la aku ngan Syakir ni, kan Shark?”
sambungnya lagi. Syakir hanya tersenyum mengangguk, setuju dengan kata-kata
Amier.
“Jom, aku
belanja korang makan sempena reunion ni,” Syakir bersuara setelah lama
mendiamkan diri. Mereka mengangguk setuju lalu beredar ke kenderaan
masing-masing menuju ke destinasi yang ingin di tuju.
Senyuman tidak pernah lekang dari bibirnya
apabila mindanya kembali mengingati saat bahagianya bersama rakan-rakan yang
sudah lama tak bersua muka. Matanya tertancap pada bingkai gambar mereka yang
diambil Suatu ketika dahulu.
Tiba-tiba dia
terasa sakit yang teramat di ulu hati. Dia terus melangkah ke dapur untuk
menelan ubat tahan sakit yang selalu dibelinya. Dia berasa hairan kerana sejak
akhir-akhir ini bahagian ulu hatinya sering sakit.
Tubuh badannya
tidak mampu bertahan lagi. Seketika kemudian pandangan menjadi gelap.
Kedengaran jeritan ibunya sayup-sayup. Tak lama kemudian, dia tak mampu mengingati
apa-apa lagi.
Saat dia
membuka mata, wajah sayu ibu dan walid menyapa pandangan. Dia berasa hairan
lalu cuba untuk bangun. Namun, kesakitan di ulu hatinya membataskan segalanya.
‘Kenapa ibu dan walid sedih? Apa yang dah berlaku? Kenapa aku terlantar kat
hospital?’. Pelbagai soalan bermain-main di ruang mindanya.
“Umi, walid,
apa yang dah berlaku? Kenapa Sya ada kat sini? Kenapa umi ngan walid sedih?
Cuba cakap kat Sya,” pertanyaan yang terbit dari bibir Syahirah mengundang
tangis ibunya, Puan Fatimah dan walidnya, Encik Firdaus. Seketika kemudian,
seorang doktor memasuki wad yang menempatkan Syahirah bersama seorang
jururawat. Syahirah mengerling ke arah tanda nama yang tersemat kemas di kot
putihnya. ‘Dr. Razif’ gumam Syahirah perlahan. Doktor Razif memeriksa Syahirah.
“Syukurlah,
Cik Syahirah dah sedarkan diri,” ucap doktor tersebut bersama senyuman.
Syahirah inginkan jawapan bagi persoalannya. Lama dia menunggu butir bicara
dari doktor tersebut yang mampu menjawab persoalannya.
“Doktor, kenapa
dengan saya? Kenapa saya selalu sakit kepala, doktor?” tanya Syahirah dengan
nada yang mendesak. ‘Tulah! Tak nak cakap sangat, kan aku dah tanya’ marah hati
Syahirah. Terkedu Doktor Razif dengan pertanyaan pesakitnya itu. Dia berdehem
membetulkan anak tekak sebelum menjawab soalan Syahirah.
“Cik Syahirah
diharap bertenang menerima perkhabaran ini. Hasil daripada pemeriksaan kami,
Cik Syahirah didapati menghidap barah hati. Cik Syahirah harus melakukan
pemindahan hati secepat mungkin. Tapi…” kata-kata Doktor Razif terhenti. Dia
kelihatan serba salah untuk meneruskan kata.
“But why,
doctor!?” tekan Syahirah. Doktor Razif tersentak. Dia menggosok pangkal
lehernya.
“Tapi…kami tak
dapat mencari penderma yang sesuai buat awak setakat ni” bait-bait kata yang
meniti di bibir doktor muda tersebut bagaikan halilintar yang menyambar
hatinya. ‘Maknanya, tak lama lagi aku akan tinggalkan dunia ni, tinggalkan
kawan-kawan, tinggalkan ibu dan walid. Aku akan tinggalkan Shark’ bisik hati
Syahirah.
“Bersabar
ajelah, Cik Syahirah. Pihak hospital akan berusaha untuk mendapatkan penderma
untuk cik” janji Doktor Razif.
“Panggil je
Sya, doktor. Tak perlulah protokol sangat,” sahut Syahirah.
“Baiklah, Sya.
Apa-apa hal, panggil saya. Saya pergi dulu,” balas doktor muda tersebut dengan
senyuman tak lekang di bibir. Syahirah mengukir senyuman lalu menganggukkan
kepalanya sedikit tanda mengizinkan. Setelah Doktor Razif hilang dari
pandangan, Syahirah mengeluh kecewa. Kecewa kerana dia bakal mengundang
kesedihan di hati orang sekelilingnya.
Syahirah
tersedar dari lenanya tatkala telinganya menyapa suara-suara bercakap di
sekelilingnya. Saat dia membuka mata, kelihatan wajah-wajah teman
seperjuangannya suatu ketika dahulu sedang memandang sayu ke arahnya. Syahirah
cuba memberikan senyuman terbaik buat teman-temannya walaupun terasa tawar.
“Kenapa korang
tengok aku macam tu?” tanya Syahirah dengan muka tak bersalah walhal dia sudah
dapat mengagak kenapa teman-temannya berwajah sedih. Serentak Munirah dan
Dahlia meluru ke arahnya lalu memeluk erat tubuh milik Syahirah.
“Kitorang dah
tau apa yang jadi kat kau. Kitorang minta maaf kat kau sebab kitorang tak tau
apa-apa,” jawab Munirah teresak-esak.
“Alah... aku
okeylah! Bukannya aku nak mati, kan?” seloroh Syahirah. Bibirnya mengukir
senyum terpaksa. Namun, tak kekal lama. Sesaat kemudian, dia turut menangis
teresak-esak di dalam pelukan rakan-rakannya.
“Kau jangan
risau. Kitorang akan cuba cari penderma yang sesuai ngan kau,” Syakir bersuara
dari sudut katil hospital tersebut.
“Korang jangan
risau la. Kalau dah ajal aku nak sampai, takkan ke mana. Aku dah reda,” balas
Syahirah.
“Syah, aku
datang ni selain nak lawat kau, aku ada benda nak cakap jugak,” satu persatu
patah kata dari mulut Syakir sampai ke telinga Syahirah.
“Apa kau nak
cakap?” tanya Syahirah dengan suara yang tenang.
“Aku nak cakap
kat korang yang aku akan ke Korea kerana ada urusan keluarga. Kakak sulung aku
yang tinggal kat sana akan melahirkan anaknya yang pertama. So, aku nak
minta maaf sangat sebab aku tak boleh berada di sisi korang semasa susah,”
beritahu Syakir.
“It’s okey.
Keluarga kau lebih penting. Bila kau punya flight?” tanya Amier.
“Yalah! Bikin
kitorang saspen aje. Ingatkan kau pun sakit, ke” balas Dahlia pula.
“Sorry
sebab buat korang risau. Aku fly malam ni,” Syakir menjawab pertanyaan
Amier.
“Aku hantar
kau, ya? Dahlia ngan Munirah, korang jaga Syahirah, okey?” Amier bersuara.
Mereka mengangguk setuju.
“Thanks,
korang. You are my best friends ever,” balas Syakir dengan lirih.
“Apa guna kawan
kalau tak membantu. Apa guna kawan kalau tak memahami satu sama lain, Shark”
ucap Amier penuh makna.
“Alah! Tak
naklah duk buat drama sebabak kat sini,” sela Syahirah.
“Okey! Aku
janji yang nanti bila aku balik, aku dapatkan penderma buat kau Sya,” Syakir melafazkan
janjinya.
“Insyaallah,
Shark. Kau doakan aku yang terbaik, okey,” Syahirah pula bersuara.
“Okeylah kalau
macam tu. Aku gerak dulu, tau. Assalamualaikum,” Sya meminta izin.
“Waalaikummussalam...”
balas mereka yang lain.
Mereka berdoa
agar kakak Syakir selamat melahirkan anak, manakala Syahirah sembuh dari
penyakit yang dihidapinya.
Dua minggu kemudian...
“Tahniah, Sya.
Kami dah jumpa penderma yang sesuai untuk Sya. Jadi, kami harap agar Sya
bersedia untuk sesi pembedahan yang akan dijalankan esok,” beritahu Doktor
Razif lalu keluar dari wad tersebut.
Puan Fatimah,
Encik Firdaus, Dahlia, Munirah dan Amier tak henti-henti mengucapkan syukur
kerana ada insan yang sudi mendermakan hatinya buat anak dan sahabat mereka
tersebut, Syahirah.
Syahirah juga
bersyukur dengan perkhabaran gembira dari Doktor Razif tersebut. Namun, dia
berasa sedikit kecewa kerana Syakir tiada di sisi mereka saat ini. Hatinya
berasa hairan kerana semua panggilan mereka buat Syakir tidak pernah dijawab
olehnya. Kadang-kadang dia merasakan bahawa pemuda tersebut tidak mahu berkawan
dengannya lagi, namun segera ditepis perasaan tersebut jauh-jauh. Dia tidak
mahu hanya kerana salah faham, mereka berlima bertengkar.
Dia hanya
mampu doakan yang terbaik buat teman-temannya. ‘Mungkin Syakir sibuk menjaga
anak saudaranya yang baru lahir’ Syahirah cuba menyedapkan hati. Namun,
mengingatkan bahawa dia akan menjalani pembedahan esok membuatkan hatinya
sedikit riang.
‘Apa pun,
tumpukan perhatia untuk pembedahan esok’ bisik hatinya memberi semangat.
Proses
pembedahan berjalan lancar. Syahirah didapati selamat dan akan sembuh
sepenuhnya. Dia harus menjalani beberapa rawatan sebelum keluar dari hospital.
Semua kawan-kawan serta ibu bapanya gembira kerana dia selamat menjalani
pembedahan.
Namun, dalam
kegembiraannya terselit sedikit rasa kecewa dalam hatinya. Syakir masih belum
datang menjenguknya. Langsung tiada khabar berita darinya. Dia berdoa agar
Syakir berada dalam keadaan sihat seperti sedia kala.
Seminggu
kemudian, Syahirah dibenarkan pulang. Semua kawan-kawannya datang menjemputnya
pulang ke rumah kecuali Syakir. Hendak bertanya kepada rakan-rakannya, mereka
juga tidak tahu di mana Syakir sekarang.
Setelah mereka
berempat sampai di rumah Syahirah, seorang tetamu wanita sedang duduk di ruang
tamu rumah tersebut. Wajahnya ada iras Syakir. Kerisauan timbul di hati mereka
apabila melihat wajah sayu wanita tersebut.
Apabila mereka
menjejakkan kaki ke rumah, wanita tersebut bangun member salam. Mereka menjawab
serentak. Seketika kemudian, Puan Fatimah muncul dari dapur membawa dulang
minuman.
“Hah! Sampai
pun korang. Ni Syakirah, kakak Syakir yang kedua katanya. Dia datang sini nak
jumpa korang. Korang berbuallah, ya? Mak cik ke dapur dulu,” setelah
memberitahu apa yang patut, Puan Fatimah masuk semula ke dapur setelah
menghidangkan makanan.
“Ni, Syahirah,
kan? Dan yang lain ni pasti Dahlia, Munirah ngan Amier, kan?” tanya Syakirah
sambil menudingkan ibu jarinya ke arah Syahirah. Mereka duduk di sofa sebelum
Syahirah menjawab soalan tersebut.
“Ya, Kak
Syakirah. Saya Syahirah. Yang ni Munirah, Dahlia dan Amier,” jawab Syahirah
sambil memperkenalkan sahabatnya.
“Panggil aje
Kak Kirah. Akak datang ni sebab nak sampaikan amanah Syakir kat korang,” ucapan
Syakirah memeranjatkan mereka.
“Amanah apa,
kak? Kenapa dengan Syakir? Kenapa dah lama dia tak jumpa kami?” tanya Munirah.
Syakirah kelihatan sedang mengesat tubir matanya yang berair. Hati mereka
resah. Mereka berharap agar tiada apa-apa yang buruk menimpa sahabat mereka
yang satu itu.
“Sebenarnya,
Syakir dah meninggal,” bait-bait kata yang meniti di bibir Syakirah ibarat
sembilu yang menggores hati mereka. Mereka mengalirkan air mata kesedihan.
Terkejut menerima khabar akan nasib teman yang satu itu. Teman yang baru
beberapa minggu dikenali mereka.
“Syakir
meninggal di Korea. Dia kemalangan. Keadaannya kritikal ketika dia dibawa ke
hospital. Tapi, sebelum menghembuskan nafasnya Yang terakhir, dia pesan agar bagi sesuatu kat korang. Dia cakap
dia nak bagi hadiah istimewa buat Syahirah,” Syakirah berhenti berbicara
seketika sebelum dia memulakan bicara. “Ni... dia bagi kat korang,”.
Syakirah
mengeluarkan beberapa kotak bersaiz kecil yang dihias cantik. Diatasnya tertera
nama mereka semua bertulis tangan.
“Dia juga ada
bagi ni kat korang,” ucap Syakirah lalu menghulurkan sampul surat berwarna
putih. Syahirah menyambut huluran tersebut dengan tangan yang terketar-ketar.
Setelah selesai tugasnya, Syakirah meminta diri untuk pulang.
Mereka
bertatapan seketika dengan linangan air mata. Perlahan-lahan Syakirah membuka
surat tersebut.
Ke hadapan sahabatku sekalian,
Di saat kalian
membaca surat ini, sudah pasti aku sudah tiada di sisi kalian lagi. Menemani
kalian di saat susah dan senang. Sesungguhnya aku amat bertuah kerana memiliki
sahabat sebaik kalian.
Buat Sya, aku
telah berjanji denganmu untuk mencari penderma buatmu. Sebenarnya, aku telah
menjalani pemeriksaan secara diam-diam. Ternyata, hatiku amat sesuai dengan
Sya. Jadi, aku bertekad untuk menyerahkan hati ini buat sahabatku yang sedang
menderita. Aku berharap walaupun aku tiada di sisi kalian, hatiku tetap bersama
kalian. Shark harap agar Sya dapat menjaga hati ini dengan baik.
Buat Amier, kau
jaga sahabat kita baik-baik kerana kaulah satu-satunya pelindung mereka. Buat
Dahlia dan Munirah, janganlah korang bersedih dengan pemergian ini kerana
koranglah jantung dan nadi persahabatan kita. Tanpa korang, persahabatan kita
hambar.
Ingatlah,
walaupun aku tiada di sisi kalian, kasih sayang aku tetap akan melindungi
kalian ibarat mantel seorang putera raja. Terima kasih atas kesudian kalian
kerana sudi menerima aku sebagai sahabat kalian walaupun untuk sebentar cuma.
Sahabatmu,
Syakir
Berderai air
mata mereka saat membaca surat tersebut. Syahirah tidak menyangka sebegini
besar pengorbanan Syakir buat dirinya. Hadiah pemberian Syakir dibuka dengan
penuh hati-hati. Bertambah sayu hati mereka saat melihat seutas rantai perak
dengan loket berbentuk hati. Di hadapannya bertulis ‘BFF’ manakala di
belakangnya terpapar nama mereka berlima.
Amier mendapat
rantai kunci bertulisan sama yang di tempah khas buat mereka. Di dalam hati
mereka berdoa agar roh sahabat mereka dicucuri rahmat dan persahabatan mereka
berkekalan selamanya. Amin.
Kawan...
Bukan satu, tetapi sejuta,
Bukan untuk diguna, tetapi untuk dijaga,
Bukan untuk dimusuhi, tetapi untuk disayangi,
Bukan untuk sementara, tetapi untuk selamanya,
Bukan Untuk dilupakan, tetapi untuk diingat,
Bukan untuk ditinggalkan,
tetapi untuk dirindui
Bukan hanya di sini, tetapi di mana-mana,
Bukan setakat ini, tetapi hingga hujung nyawa...
p/s: cerita ni saya dedikasikan buat kawan2 sekolah rendah saya yang telah sama2 melalui kenangan pahit manis bersama
No comments:
Post a Comment