Sape pernah dengar pasal 'crush'??? Mesti semua pernah, kan? Kalau tak pernah tu, tak tahulah saya. Crush tu maksudnya orang yang kita minat atau suka. Kalau bagi remaja macam saya ni, memang takkan pernah lekang dari dengar cerita kawan-kawan pasal crush mereka.
Tapi korang tahu tak yang kita boleh dapat pahala kalau kita minat kat someone? haaa...nak tahu macam mana? Meh saya cuba terangkan.
Minggu lepas, ada seorang akhi kat sekolah saya memberi tazkirah tentang cinta. Tiba-tiba ada pelajar putera yang bertanya soalan. nak tahu apa soalannya? macam ni...
"Abang, saya ada minat kat seseorang. Apa hukumnya? dan, macam mana nak luahkan perasaan kita tu kat dia?"
Akhi tu cakap, kita pasti ada minat kat someone sebab tu memang fitrah kita sebagai manusia yang mahu hidup berpasangan. Tapi biarlah hanya kita dan Allah yang tahu. Jangan cakap kat sesiapapun yang kita minat kat someone. Biarlah kita pendam perasaan tu sendirian sebab nanti kita dikira jihad cinta. Kita masih muda, dan banyak lagi yang perlu dikejar. Bila dah besar dan dah berjaya, pergilah jumpa perempuan tu dan cakap kita suka kat dia. Kalau dia pun suka kat kita, jangan pulak couple. Terus je nikah sebab kalau kita couple, banyak buruk dari baiknya. Kalau nak bercinta, bercintalah lepas nikah sebab setiap perkara yang kita lakukan dengan pasangan kita yang sudah halal bagi kita, kita akan dapat pahala.
Sekarang, korang dah faham, kan? Tak perlu couple sebab couple tu merupakan salah satu cara kita mendekati zina. Ingat pesan Allah di dalam al-Quran, "La takrabuzzina". Janganlah kamu dekati zina. Ingat, masih banyak perkara yang perlu kita pelajari. Kejarlah cita-cita dulu sebelum mengejar cinta. Jangan kerana cinta, kita rebah.
Saya harap kita sama-sama dapat ambil input dari apa yang diceritakan. InsyaAllah...
No comments:
Post a Comment