Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Pernah dengarkan tentang kelas abad ke-21? Hahaha...hari ni Cahaya nak kongsi pasal susunan dan cara menghias kelas agar kelas kita kelihatan moden. Sebenarnya, Cahaya tak terfikir pun nak publish pasal ni, tapi disebabkan Cahaya ke sekolah tadi untuk menghadiri kelas tambahan, terus Cahaya dapat idea.
Cahaya mula mendengar tentang program ni apabila sekolah tempat Cahaya belajar memperkenalkan Program Keceriaan Kelas Abad ke-21. Kelas abad ke-21 lebih mengutamakan keselesaan pelajar semasa menjalani proses P&P. Semua hiasan kelas lebih mengutamakan pelajar berbanding mengikut susunan yang biasa dilakukan. Ni Cahaya tunjukkan beberapa contoh susunan dan hiasan kelas abad ke-21.
Cantik, tak??? Tapi tu bukan hiasan kelas Cahaya, tau. Insya Allah nanti cahaya akan publishkan hiasan kelas Cahaya, okey. Ni adalah beberapa contoh lain kelas abad ke-21...
Kalau nak lebih selesa, korang boleh tambah pantri kat dalam kelas korang sebab ia adalah untuk keselesaan korang. Kalau nak tambah kipas, bunga atau apa-apa yang boleh memberi keselesaan pun boleh asal jangan langgar peraturan sekolah sudahlah. Hehe...
Cahaya harap korang dapat ambil input dari apa yang Cahaya terbitkan. InsyaAllah
No comments:
Post a Comment