hey guys!
Disebabkan cuti penggal baru je start, saya ingin share tips-tips untuk study masa cuti.... are you ready? Lets start!
> BUAT STUDY GROUP
bila buat study group, korang akan lebih faham dengan apa yang korang telah pelajari. Tapi, ahli group tak boleh lebih dari 5 orang dan tak boleh kurang dari 3 orang. Nak tahu kenapa? Sebab kalau lebih dari 5 orang, korang akan mudah terpesong dari tujuan utama, iaitu untuk study. Kalau kurang dari 3 orang pulak, korang akan mudah bosan untuk study.
> HADIRI KELAS TUISYEN/ KELAS TAMBAHAN
kalau students SPM atau PT3, mesti korang ada kelas masa cuti, kan? So, hadirkan diri korang secara konsisten. jang pernah cua untuk ponteng tau! haha
> MENGADAKAN QIAMULLAIL
bagi yang beragama Islam, korang adakan satu malam untuk bangun berqiamullail kerana hubungan dengan Allah amat penting dalam menentukan kejayaan korang. Tapi, korang perlu jaga hubungan sesama manusia juga lebih-lebih lagi hubungan korang dengan guru-guru.
> BINA JADUAL BELAJAR
bila sebut pasal ni, korang mesti fikir "ah, skemanya!" tapi ia dapat membantu korang untuk belajar dengan lebih teratur.
Okey, setakat ini dahulu dari saya. Harap ia dapat bantu korang serba sedikit. Insya Allah saya akan kongsi lebih banyak lagi tips-tips untuk belajar dengan berkesan...
No comments:
Post a Comment