Monday, 16 March 2015

'Letih' bukan satu alasan untuk GAGAL.

Pada tahun 2012, sekolah Cahaya ada mengadakan Pertandingan Taerobik peringkat sekolah. Pertandingan diadakan diantara unit beruniform. Oleh itu, kami bersungguh-sungguh berlatih tanpa mengenal erti penat. Setiap petang (atau jika ada waktu lapang) kami akan berkumpul untuk berlatih gerakan yang akan dipersembahkan. Cahaya mewakili unit beruniform pengakap. Alhamdulillah, berkat usaha kami, pengakap mampu meraih tempat ketiga. Ni adalah gambar yang diambil selep[as pertandingan diadaka.

Tahun lepas, Persatuan Pengakap yang terdiri daripada pelajar tingkatan 4 menyertai aktiviti perkhemahan ekspidisi. Kami dikehendaki berjalan sejauh 40 kilometer. Penatnya kami waktu itu sehinggakan kami semua sakit badan. Ada yang demam. Balik je dari perkhemahan, kitorang kena berdepan dengan satu cabaran iaitu kitorang harus menyertai pertandingan kawad kaki yang akan diadakan dalam masa sehari aje lagi. Jadi, dalam keadaan sakit dan penat, kami berlatih pada malam sebelum hari pertandingan. Alhamdulillah, kami berjaya meraih tempat pertama dalam kedua-dua kategori iaitu kategori lelaki dan perempuan.

Bahagia tak kami?

Kesimpulannya, keletihan tak sepatutnya dijadikan alasan untuk mengalah.Ia juga tak perlu digunakan sebagai sebab untuk kita gagal kerana tanpa erti penat, seorang arkitek tidak akan berjaya menyiapkan binaan yang bernilai berjuta-juta ringgit. Seorang guru tidak akan berjaya mendidik anak-anak bangsa hingga ke peringkat tertinggi jika tiada erti penat mahupun letih. Tanpa erti penat juga, kita tak akan mencapai sesebuah impian mahupun kejayaan yang diidamkan.

Oleh itu, amat penting bagi kita untuk berusaha mencapai apa yang diidamkan tanpa bersungut atau mengeluh kerana ia hanya mendorong kepada perasaan berputus asa dalam diri.


No comments: